Saturday, December 24, 2011

insan

assalamualaikum~hye




Aku mencari cinta yang hakiki
Aku mencari cinta yang sejati
Aku mencari cinta yang tidak dijual beli
Kerana aku percaya cinta Ilahi adalah yang abadi

Aku tidak mahu diri menangisi
Pada sebuah janji yang dimungkiri
Aku tidak mahu mengenangkan lagi
Pada ikatan perhubungan yang tidak pasti




Cukuplah sekadar untuk memahami
Sebuah kehidupan yang ingin dicari
Bukan niat di hati mengecewakan sesiapa lagi
Sekadar ingin mencari ketenangan diri sendiri

Duhai kasihku yang pernah menyayangi
Terimalah seadanya keputusan diri ini
Jika antara kita jodoh telah terpatri
InsyaAllah bahagia jua yang akan ditempuhi nanti


#hanya mimpi

No comments:

Post a Comment